RM4j bagi setiap pemilik tanah (laporan Kosmo)

2/08/2010 11:17:00 PG at 2/08/2010 11:17:00 PG







KUALA LUMPUR - Pemilik tanah di Kampung Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga RM4 juta seorang jika mereka bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) berkata, ia berikutan nilai tanah di kawasan itu kini melebihi RM20 bilion untuk 80 hektar.



"Setiap pemilik tanah boleh menjadi jutawan. Potensi itu tinggi tetapi terpulang kepada mereka. Kalau ada juga pihak yang menghasut, itu tak betul ini tak betul, jadi seperti pengalaman saya di Kampung Kerinchi, akhirnya projek itu tergantung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Menteri Pengajian Tinggi di sini semalam.






2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sedih, PM cakap lain , Menteri sahut lain. Jangan sesekali disamakan tanah Kampung Baru ni dengan tanah Kampung Kerinchi atau tanah-tanah yang lain.

Unknown berkata...

Alangkah beruntungnya penduduk&pewaris tanah di Kampung Baru di beli tanah berjuta-juta tidak cukup dengan duit di beri pula rumah tapi ditolak bulat-bulat, barangkali sudah menjadi perangai manusia "diberi betis hendakkan peha!".