SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

9/18/2009 05:41:00 PTG at 9/18/2009 05:41:00 PTG

SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MEYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1430 KEPADA SEMUA TEMAN-TEMAN YANG MEMBACA BLOG INI

KAD SELAMAT HARI RAYA
Hari ini Saya telah terima Kad Selamat hari raya Dari lembaga Pentadbiran MAS. Terima kasih diucapkan kepada MAS kerana telah memberi Kad ini. Sebagai penduduk Kampung Baru saya merasa bangga kerana ini kali pertama saya menerima kad seumpama ini dari pihak MAS. Saya kurang pasti adakah semua gambar yang tertera pada kad adakah sama. Tapi gambar ini mengambalikan nostalgia zaman dulu-dulu orang kampung baru berniaga.
(maaf gambar kurang jelas)



Lembaga Pentadbiran MAS sudah berusia 110 tahun pada tahun hadapan begitu juga dengan enakment yang terkandung didalam undang-undang MAS. Semoga Lembaga Pentadbiran MAS ini dapat menjaga serta mengekalkan keadaan kampung baru seperti sekarang yang menjadi tumpuan pelancong yang melihat suasana kampung baru.





2 comments:

noris helmi nordin berkata...

Maaf Zahir dan Batin. Harap2 ada sambutan 110 tahun untuk orang Melayu di Kg Baru.Lama rasanya orang Melayu di sana tak kena sambut?

Tanpa Nama berkata...

memang dah lama pun kalau tak silap sambutan terakhir dah hampir 20 tahun lalu itupun sempena 100 tahun kampung baru yang disambut awal 10 tahun kalau tak silap saya pada awal tahun 90an yang sepatutnya disambut pada tahun 2000. tapi malangnya tahun 2000 tiada sambutan 100 tahun untuk kampung baru yang dianjurkan oleh MAS sebab ia telah dilaksanakan 10 lebih awal.