MENYINGKAP SEJARAH PASAR MINGGU

4/10/2009 12:39:00 PTG at 4/10/2009 12:39:00 PTG



PASAR MINGGU TERLETAK DIDALAM KAWASAN KAMPUNG PAYA SALAH SATU DARI TUJUH KAMPUNG DI KAMPUNG BARU. KETUA KAMPUNG PAYA ADALAH ADAM SAHAT (GAMBAR) YANG JUGA AHLI JEMAAH LEMBAGA PENTADBIR RIZAB PENEMPATAN PERTANIAN MELAYU (MAS).
SEJARAH
PASAR MINGGU telah wujud sejak zaman sebelum penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu lagi dan Pasar Minggu adalah pusat perniagaan terawal orang Melayu di ibu kota Kuala Lumpur pada waktu itu. Tapak awal Pasar Minggu adalah di Jalan Raja Muda Musa iaitu bermula dari persimpangan Jalan Daud sehingga ke hujung Jalan Raja Muda Musa menghadap Jalan Raja Abdullah (Di kenali sebagai Jalan Hale pada pada waktu itu), kemudian berpindah di Jalan Raja Abdullah pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu. Pada tahun 50an, sekali lagi tapak Pasar Minggu di pindahkan ke Jalan Raja Alang (Di kenali sebagai Jalan Perkins pada waktu itu) dan akhirnya peniaga-peniaga Pasar Minggu di pindahkan ke tapak sekarang dan di majukan oleh kerajaan negeri Selangor pada waktu itu dan PKNS di beri tanggungjawab sebagai pemaju, lebih kurang akhir tahun 60an dan setelah siap telah di rasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj, iaitu Perdana Menteri Malaysia pada April 1967. Itulah serba sedikit pengenalan tentang Pasar Minggu, Kg. Baru, Kuala Lumpur. Sekarang ini Pasar Minggu, Kg. Baru seperti 'Hidup Segan Mati Tak Mahu' bukanlah kerana peniaga-peniaga tidak mahu menjalankan perniagaan yang telah dipelopori oleh datuk nenek mereka yang terdahulu tetapi oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan perniagaan di jalankan seperti mula-mula di rasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra dahulu.
KISAH LELANJUTNYA AKAN DISAMBUNG NANTI

6 comments:

noris helmi nordin berkata...

Beberapa soalan bermain di fikiran.
1) Arahan siapakah untuk membangunkan tapak pasar minggu ini sebenarnya? Arahan kerajaan, konsultan, penjaja atau siapa?
2) Tanah2 kosong dan termasuk tanah pasar minggu dalam Kg Baru adalah dibawah bidang kuasa Lembaga MAS, bagaimana pula dan dizaman bila Pejabat Tanah boleh mengambil alih kuasa dan menyerahkan hakmilik tanah tersebut kepada PKNS dan juga DBKL?
3) Bagaimana kedudukan gerai2 di Pasar Minggu. Adakah ia 'GERAI PUSAKA' iaitu perniagaan yang diwariskan turun temurun semenjak wujudnya Pasar Minggu. Seperti di bazar di Kaherah, Mesir, pasar Khan khalili telah wujud beratus2 tahun. Dan lot-lot perniagaan di dalamnya diwarisi oleh keluarga peniaga dari nenek moyang mereka.
4) Tanah Pasar Minggu adalah kawasan yang 100% kawasan penjaja dan bukan kawasan penempatan. Bolehkah penempatan dibangunkan di tapak itu?

Tanpa Nama berkata...

seperti yang kita sedia maklum bahawa lembaga MAS terletak dibawah bidang DBKL yang mana datuk bandar adalah pengerusinya. oleh yang demikian apa2 perkara juga boleh berlaku.

Seperti yang sedia maklum juga Lembaga MAS hanya pada nama sahaj sebagai Pentadbir kampung baru. tapi fungsinya tidak dilaksanakan seperti yang termaktub dalam undang-undang MAS(ini adalah Pendapat saya sendiri)

generasi...... sesetengahnya mengetahui kewujudan lembaga MAS tetapi dan setengahnya tidak menyedari kewujudanya.

persoalan...

kenapa lembaga mas kurang menonjolkan dirinya.

dari apa yang diperhatikan kenapa tiada pemantauan dari lembaga mas dalam pembangunan yang telah berlaku sekarang.

berkaitan pasar minggu kenapa lembaga MAS tidak pernah mengeluarkan sebarang pendapat atau bertemu peniaga di pasar minggu sendiri. kenapa harus berdiam diri dalam melaksanakan undang-undang mereka...

dan masih banyak lagi persoalan yang masih tidak terungkai berkaitan isu tanah ini

yang tinggal adalah = ??????????

noris helmi nordin berkata...

Kalau dibaca dalam posting KBK bertarikh 11/11/2008, petikan Parlimen 2006, Dewan Rakyat Bil 36 Selasa 27 Jun 2006, statistik menyatakan Lot kediaman sebanyak 835 dan 827 telah dikeluarkan hakmilik tanah. manakala kawasan lapang sebanyak 4 lot dan surau 5 lot. Menurut Menteri Tan Sri Nazri Aziz tapak surau dan kawasan lapang, HAKMILIK belum dikeluarkan lagi! ADAKAH INI TERMASUK PASAR MINGGU? Dan beliau juga memaklumkan secara jelas menyatakan Undang-Undang MAS masih lagi berkuat kuasa dan disahkan oleh Jabatan Peguam Negara.
Tapi isu ini habis diparlimen sahaja. Dimanakah ketetapan kerajaan untuk mengistiharkan kedudukan undang-undang ini, samada untuk digunapakai atau di ubah mengikut keadaan semasa? Dan kedudukan Datuk Bandar sebagai Yang Dipertua Lembaga MAS juga memungkinkan berlakunya 'CONFLICT OF INTEREST', seperti yang kita saksikan sewaktu pelancaran 'pecah tanah' projek Puncak Baru. Sangat mengelirukan!

Tanpa Nama berkata...

ya.. betul sangat-sangat mengelirukan....... banyak prosidur yang mengelirukan

noris helmi nordin berkata...

Hanya sekadar berkongsi maklumat terkini, nilai pampasan pengambilan tanah disekitar Masjidil Haram ialah USD140,000.00 setiap meter persegi. Satu nilai yang tidak terfikir oleh kita. Dan nilai pampasan ini dibayar jelas mengikut tuntutan Faraid.
Berapakah nilai pampasan yang sesuai untuk tanah Pasar Minggu ini sekiranya berlaku pengambilan tanah? Adakah ia akan diagihkan juga mengikut kaedah faraid?

Tanpa Nama berkata...

Saya hanya ingin bertanya, moyang saya Sulaiman bin Hanafi @ Kanapi dan Che' Nah binti Muhammad merupakan penduduk awal Kampung Baru. Mereka dikurniakan 11 cahayamata antaranya datuk saya, Abu Bakar @ Husin. Beliau anak yang ke-9. Adik beradiknya yang lain bernama Osman, Zubaidah, Esah, Hasan, Muhammad, Hj. Suradi, Fatimah @ Etot,Jumali dan ?. Saya amat-amat memohon kepada sesiapa yang mengenali atau mengetahui individu tersebut atau waris-waris mereka supaya menghubungi saya di e-mel muhamad_hafiz90@yahoo.com.