SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH

2/02/2009 02:54:00 PTG at 2/02/2009 02:54:00 PTG


Bendera Wilayah Persekutuan

SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN.

TAHUN 2009 ADALAH SAMBUTAN KE 35. HARI WILAYAH DISAMBUT PADA SETIAP 1 FEBRUARI SETIAP TAHUN SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN BAGI SELURUH PENDUDUK WILAYAH PERSEKUTUAN. TERDAPAT 3 WILAYAH PERSEKUTUAN IAITU WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

KUALA LUMPUR (KL) @ WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SUATU KETIKA DAHULU MERUPAKAN PUSAT PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA SEBELUM BERPINDAH KE SEBUAH LAGI WILAYAH PERSEKUTUAN IAITU PUTRAJAYA. KUALA LUMPUR MENJADI PENTADBIRAN KERAJAAN DIAWAL PEMBENTUKKAN MALAYSIA SEHINGGA AKHIR TAHUN 90AN. KINI HANYA BEBERAPA KEMENTERIAN SAHAJA YANG MASIH BEROPERASI DI KUALA LUMPUR ANTARANYA KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN. SELEBIHNYA TELAH BERPINDAH KE PUTRAJAYA YANG LEBIH MODEN DAN ESKLUSIF.

MASIH BANYAK BINAAN SEJARAH YANG MASIH KUKUH BERDIRI YANG MENJADI LAMBANG TERSENDIRI BAGI WARGA KOTA KUALA LUMPUR SEPERTI BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD (PERNAH MENJADI PUSAT PERUNDANGAN SEBELUM BERPINDAH KE JALAN DUTA, KINI MENJADI KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN), DATARAN MERDEKA, BANGUNAN KERETAPI TANAH MELAYU, STADIUM NEGARA, STADIUM MERDEKA, MUZIUM NEGARA, MASJID NEGARA, ZOO NEGARA DAN PELBAGAI LAGI MERCU TANDA KUALA LUMPUR.


Bangunan Sultan Abdul Samad

SEJARAH


Bendera Kuala Lumpur

Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972. Kini di tadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan sebahagian daripada rentetan sejarah lampau Kuala Lumpur setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa Bugis, Raja Abdullah. Hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur. Aktiviti perlombongan menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.

Migrasi pelombong Cina dan juga India sebagai pekerja ladang akhirnya mewujudkan 3 bangsa utama di negara ini. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak generasi ke generasi ini menjadi kesinambungan citrawarna budaya yang unik lagi menarik hingga ke hari ini.

Aktiviti perlombongan ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur.Hasil daripada perkembangan ekonomi telah menukar wajah Kuala Lumpur daripada rumah beratap rumbia kepada bangunan moden seperti Bangunan Sultan Andul Samad dan Keretapi Tanah Melayu, Masjid Negara, Muzium Negara, Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Kuala Lumpur kini mempunyai pelbagai tempat-tempat yang menarik dan tempat membeli belah. Diantara lambang kejayaan Kuala Lumpur kini ialah Bangunan Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), Menara Kuala Lumpur, Pavillion Kuala Lumpur, Berjaya Times Square dan pelbagai lagi yang pasti menarik pengunjung.



Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbahagi kepada 11 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.



Kampung Baru yang terletak didalam Parlimen Titiwangsa mempunyai pentadbirannya sendiri iaitu Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural settlement (MAS) Kampung Baru semenjak tahun 1897.

1 comments:

A.I.Z.A.T berkata...

wah bro,rajin btol lu tulis pepanjang camni ek..tahniah ar..hehe