LAPORAN SINAR HARIAN / KHAMIS / 06/11/2008
KAMPUNG BARU - Seorang warga emas kesal ekoran terjebak dalam kemelut tanak pusaka apabila anak-anak saudaranya bertindak menuntut tanah pusaka yang di warisinya dan adik-beradik daripada ibu yang meninggal dunia pada 1993.
Amat Waki @ Amat Baki Hussain, 69, mendakwa tanah lot 552 A di Jalan Raja Muda Musa, disini dibeli ibunya, Fatimah Draman pada 1946 daripada kedua bapa dan ibu saudaranya.
"Di dalam surat perjanjian jual beli itu ada dicatitkan nama saya dan empat beradik lain sebagai waris. Salinan asal Disimpan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS)," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui dirumahnya disini.
Bagaimanapun selepas ibunya meninggal dunia, AmatWaki mendakwa kedua bapa dan ibu saudaranya mula menuntut kembali tanah terbabit sejak 1995 dan menunjukkan surat perjanjian baru yang menyatakan bahawa ibunya menyerahkan kembali tanah itu dan saya hairan bagaimana perkara berkenaan timbul selepas dia meninggal dunia.
"Saya percaya wujud penipuan di sini memandangkan ibu saya seorang yang tidak boleh membaca. Selepas bapa saudara dan ibu saudara anak-anak mereka pula menuntut tanah itu daripada saya," jelasnya.
Tambahnya, beliau akan memperjuangkan haknya dan adik-adik lain serta berharap pihak MAS akan memberkan kerjasama dengan menyerahkan dokumen berkaitan bagi membolehkannya membawa perkara ini ke mahkamah.
1 comments:
Alhamdulillah, kemelut tanah orang kampung kini mula di beri perhatian. Mengenal pasti pewaris tanah akan dapat menyelesaikan seribu macam masalah tanah di Kampung Baru. Pemilik asal, pemilik palsu, pemilik pakai nama, pemilik pada kertas tapi dibelakang bangsa asing, dan lain-lain akan dapat dikenalpasti.
Bak kata pemilik lot 552A, bagaimana ada perjanjian baru setelah ibunya yang buta huruf itu meninggal?
Tahniah pengusaha blog!!!! Isu sebegini perlu diselesaikan sebelum tanah kita ini dibangunkan, agar mereka tiada yang tertinggal hak-hak mereka yang sah.
Catat Ulasan