2 BUAH BLOK FLAT YANG DIBINA OLEH PKNS @ DI KENALI FLAT 17 TINGKAT OLEH PENDUDUK KAMPUNG BARU - ANTARA BANGUNAN TERAWAL DI KAMPUNG BARU YANG MELEBIHI 5 TINGKAT
MERCU TANDA PKNS DI KAMPUNG BARU
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS) adalah Pemaju terawal yang memajukan Kampung Baru. Bermula dengan pembinaan Pasar Minggu yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri yang pertama iaitu TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ pada tahun 1967 (menurut laman blog http://www.beliapasarminggu.blogspot.com/ ) selepas sepuluh tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan. kemudian di ikuti dengan pembinaan 2 blok flat PKNS 17 tingkat di kawasan Pasar Minggu. Kemudian diikuti dengan pembinaan beberapa blok rumah flat empat tingkat serta rumah teres di kawasan Sungai Baru yang menjadi pemangkin kemajuan Kampung Baru di era 1970 an.
GAMBAR YANG DIAMBIL DARI LAMAN BLOG http://www.beliapasarminggu.blogspot.com/
MENURUT LAMAN BLOG ITU PENDUDUK PASAR MINGGU MENGALAMI KRISIS DAN DILEMA DENGAN PENTADBIRAN DBKL YANG MENGHALAU MEREKA. LAYARI BLOG MEREKA UNTUK MENGETAHU CERITA SELANJUTNYA.
BERLATAR BELAKANGKAN BANGUNAN KLCC
PEMANDANGAN DARI TINGKAT 17 KAWASAN SUNGAI BARU YANG JUGA DIBINA OLEH PKNS ( GAMBAR KURANG JELAS, NANTI AKAN UPDATE GAMBAR YANG LEBIH JELAS)
* BANYAK JUGA INFORMASI BERKAITAN ISU-ISU KAMPUNG BARU DI LAMAN BLOG BELIA PASAR MINGGU http://www.beliapasarminggu.blogspot.com/
selepas itu pembangunan kampung baru mengalami kemerosotan pembangunan dari PKSN sendiri. dimana selepas itu tiada lagi pembangunan dari PKNS. Saya sendiri tidak tahu dimanakah silapnya. Selepas itu pemilik tanah telah mengambil inisiatif untuk membangunkan tanah mereka dengan membina bangunan untuk dijadikan rumah sewa yang tidak lebih dari lima tingkat. Saya kurang pasti kenapa tidak boleh bina lebih dari 5 tingkat.
PEMANDANGAN DARI TINGKAT 17 KAWASAN SUNGAI BARU YANG JUGA DIBINA OLEH PKNS ( GAMBAR KURANG JELAS, NANTI AKAN UPDATE GAMBAR YANG LEBIH JELAS)
* BANYAK JUGA INFORMASI BERKAITAN ISU-ISU KAMPUNG BARU DI LAMAN BLOG BELIA PASAR MINGGU http://www.beliapasarminggu.blogspot.com/
3 comments:
Zaman Datuk Harun mula menyaksikan pembangunan di Kampung Baru apabila beliau membolehkan pemilik tanah mencagarkan tanah luar dari tanah kg baru untuk meperolehi pinjaman kewangan. Maknanya yang dicagarkan bukan tanah Kg Baru. Tanah Kg Baru tetap terselamat walau apa pun terjadi sekiranya pinjaman tidak dijelaskan.Begitu bijak percaturan Datuk Harun ketika itu.
Maka bermula dari situ kita dapat melihat rumah-rumah kampung tradisi berubah kepada rumah batu moden mengikut era 60'an. Pinjaman PKNS di ambil alih UDA dan DBKL. Walaubagaimanapun pinjaman dari DBKL berhenti pada 1984. Tidak tahu apa puncanya.
Siapa pemilik tanah rumah flat 17 tingkat ini ya? Individu atau PKNS?
tidak dapat dipastikan pemilik tanah sebanarnya sebab pada pihak PKNS mengatakan itu tanah mereka dan daripada pemilik asal mengatakan tanah itu masih hak pemilik asal kerana pemilik asal telah membayar premium tanah setiap tahun dan kes ini telah dibawa ke pengetahuan peguam pemilik asal. ini hanya khabar angin yang berlegar pada tahun lepas. sekarang saya tidak pasti pemilik tanah yang sebenarnya.harap maklum
Terimakasih tuan empunya blog atas maklumat diberi. Semoga kepastian yang sebenar dan hak-hak pemilik sebenar tidak nafikan. Saya pasti akan ada penyelesaian sekiranya semua pemilik tanah yang keliru seperti tanah flat 17 tingkat bersama-sama berusaha menyelesaikannya. Insyallah.
Catat Ulasan