KLCP 2020: MAS KEMUKA PENDIRIAN

8/24/2008 11:08:00 PG at 8/24/2008 11:08:00 PG


KAMPUNG BARU - Lembaga Pentadbiran 'Malay Agrikulture Settlement' Kampung Baru (MAS) mempunyai pendirian sendiri dan sudah mempunyai cadangan balas mengenai Draf Pelan Kuala Lumpur (KLCP 2020) yang akan dihantar dalam masa terdekat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ab Hakim Borhan.


Naib Yang Dipertua MAS, Abdul Rahman Mohd Zin berkata, Mas dan penduduk seharusnya berterima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mengambil inisiatif merangka pelan pembangunan Kampung Baru, tetapi setiap cadangan atau buatan manusia sudah tentu ada baik dan cacatnya.


"Atas dasar negara demokrasi dan kerajaan yang ada sekarang, penduduk diberi beri peluang untuk membantah yang mana tidak sesuai. Bedasarkan luahan hasrat hati serta cadangan yang dikemukankan penduduk, MAS melihat dua perkara yang perlu diteliti iaitu menolak terus KLCP 2020 itu atau menerimanya dengan syarat," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penerangan Pendirian MAS berhubung KLCP 2020 yang diadakan disini, semalam.


Tambahnya, MAS juga akan mengemukakan cadangan taksiran kepada DBKL dan mempertikaikan beberapa kekeliruan dalam KLCP 2020 serta kenyataan yang menyamakan taraf MAS dengan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM).


"NGO bukan badan kerajaan atau pentadbiran. Justeru itu ia tidak harusnya disamakan dengan kedudukan Lembaga Pentadbiran MAS kerana kami adalah sebuah pentadbir tempatan," tegasnya.

Menurutnya, selama ini adalah tidak wajar meletakkan jawatan Yang Dipertua MAS digalas oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur kerana pentadbiran MAS yang mendapat mandat dari sultan Selangor dan Kerajaan Selangor ketika itu untuk berfungsi dalam situasi semasa.

Abdul Rahman berkata, pentadbiran MAS tidak akan dapat berfungsi secara efisien kerana perlasanaan aktanya beertindih dengan DBKL memandangkan akta MAS masih berpaksikan kepada kerajaan Selangor sedia ada.

"Keadaan itu menjadikan Mas 'terapung' tanpa identiti sendiri dan makanisme pentadbiran juga tidak jelas". "Akibat pertindihan itu, pentadbiran MAS juga terdedah kepada karenah birokrasi yang bukan berpunca dari kehendak MAS sendiri sedangkan pentadbiran MAS memerlukan tapak kukuh untuk berfungsi," tegasnya.

Beliau memberitahu, pada asalnya MAS yang ditubuhkan dapat mentadbir secara efektif dengan Sultan sebagai pelindung kepentingan melayu. Bagaimapun katanya, dengan adanya dasar-dasar baru yang disuntik pada waktu ini oleh kerajaan yang memerintah, maka denga itu tugas terbabit tidak dapat dilaksanakan serta dasar itu juga tidak sesuai denga cara Mas sendiri.

"Hubungan antara MAS dengan penduduknya selama 108 tahun membuktikan fungsi MAS diterima, dimana ahli jemaah terdahulu mengekalkan enakment dan urus tadbir sehingga kini". "Disebabkan enakment sedia ada, MAS dianggap benteng dan pelindung kepada penduduk Kampung Baru. alaupun pemimpin bertukar, tetapi enakment befungsi selama 108 tahun itu memastikan penduduk masih selamat ditangan orang melayu," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai campur tangan Menteri Besar, Tan Sri Abduk Khalid Ibrahin ke atas pembangunan Kampung Baru, Penasihat Undang-undang MAS, Ghazali Yunus berkata, Khalid mempunyai alasan tersendiri kerana berdasarkan pap yang tecatat dalam enakment yang diberikan mandat kepada MAS memihak kepada kerajaan Selangor, justeru beliau tidak dapat menidakkanya.

- oleh Asmaliza Mansor

akhbar sinar harian ahad 24 ogos 2008.

Penduduk Kampung Baru terima draf pembangunan

Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman

berita minggu 24 8 2008 ahad


KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Baru bersetuju menerima Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (DPBKL 2020) dengan syarat pelan itu diubah bagi mengekalkan ciri tradisional yang selama ini menjadi keunikan perkampungan Melayu tertua ibu negara.Naib Yang Dipertua Lembaga Pentadbir Rizab Penempatan Pertanian Melayu (MAS), Abdul Rahman Mohd Zin, berkata penduduk Kampung Baru tidak menolak pembangunan di situ, namun perlu ada perbincangan terlebih dulu dengan pemilik tanah.

"Lebih baik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berbincang dengan penduduk dan Lembaga Pentadbir MAS yang diberi kuasa mengikut undang-undang untuk menguruskan hal ehwal tanah di Kampung Baru. "Penduduk bersedia menerima DPBKL 2020 dengan syarat dipinda mengikut kesesuaian pembangunan di sini serta tidak mengetepikan hak dan warisan Kampung Baru," katanya pada majlis dialog bersama wakil penduduk Kampung Baru di sini, semalam. Turut hadir, Penasihat Undang-Undang MAS, Ghazali Yunus.

Katanya, MAS mempunyai cadangan balas yang akan dikemukakan kepada DBKL sebelum tarikh tutup menghantar bantahan dan cadangan mengenai pelan itu pada 31 Ogos ini."Kami juga akan bertemu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab Hakim Borhan, dalam tempoh terdekat ini sebagai tindakan susulan majlis dialog ini, terutama untuk menyuarakan pandangan penduduk," katanya.

Sementara itu, beliau tidak bersetuju dengan pendapat Naib Yang Dipertua Persatuan Pembangunan Kampung Baru, Dr Mohd Yusuf Ismail, baru-baru ini, yang meminta syarat melarang penyewaan premis perniagaan kepada bukan Bumiputera dipinda selepas pembangunan dilaksanakan di Kampung Baru.

Dr Mohd Yusuf berkata, syarat itu perlu dipinda untuk membuka peluang kepada peniaga bukan Melayu menyewa premis perniagaan berikutan kemungkinan tidak semua peniaga Melayu mampu berbuat demikian."MAS membenarkan peniaga bukan Melayu menyewa premis perniagaan untuk berniaga di sekitar Jalan Raja Muda Aziz dan Jalan Raja Abdullah, tetapi kehadiran mereka perlu dikawal untuk menjamin hak peniaga Melayu tidak terpinggir," katanya.

Mengulas mengenai tawaran kerajaan Selangor untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk Kampung Baru, Ghazali berkata MAS tidak menidakkan hubungan antara Selangor dan Kampung Baru sebelum ini.Bagaimanapun, katanya, Kampung Baru yang diletakkan di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan pada 1974 sebenarnya tidak lagi mempunyai kaitan dengan pentadbiran Selangor.

1 comments:

noris helmi nordin berkata...

Deraf kena rujuk enakmen MAS. kalau tak rujuk tak de makna, hanya perbincangan semata-mata. Sebab undang-undang MAS masih berkuat kuasa.

Tak silap saya banyak deraf dah buat, tapi tak menjadi. Saya rasa akibat kegagalan memahami kedudukan enakmen ini yang masih berkuat kuasa. Dalam perbincangan pembentukan deraf ni Lembaga tidak harus di tinggalkan. Mereka ni educated dan berwawasan, jangan pandang sebelah mata sahaja.

Tajuk utama akhbar tu , mengelirukan pasal ia seolah-olah telah setkan keputusan yang orang kampung baru terima deraf.Walhal sebaliknya.