KAMPONG BAHARU : ENAKMEN MAS TIDAK RELEVAN (UTUSAN MALAYSIA KHAMIS 22 /7/2010 MS 31)

7/22/2010 07:40:00 PTG at 7/22/2010 07:40:00 PTG

KUALA LUMPUR 21 JULAI : Isu Pindaan Enakmen Penempatan Pertanian Melayu (MAS) 1950 tidak timbul kerana enakment tersebut sudah tidak lagi relevan dalam urusan pentadbiran tanah di Kampong Baharu di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menegaskan, ini kerana hampir kesemua tanah disitu sudah dikeluarkan hak milik di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

Menurutnya, walaupun ditadbir di bawah KTN dan tidak berstatus Tanah Rizab Melayu tetapi sekatan kepentingan tanah di situ yang diberikan hak milik hampir sama dengan Tanah Rizab Melayu iaitu tidak boleh diduduki atau dipindah milik kepada bukan melayu.

Namun begitu, kata Raja Nong Chik, Kerajaan akan tetap memastikan aspek kepentingan hak Melayu sentiasa dipantau oleh Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang dicadangkan penubuhannya itu.

Beliau berkata bagi menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman pada sidang Dewan Negara semalam.

Abdul Rahim bertanyakan sama ada Kementerian itu bercadang untuk meminda Enakmen MAS bagi membolehkan bukan melayu menghuni dan memiliki hartanah di Kampung Baru.

Dalam pada itu, Raja Nong Chik berkata, cadangan membangunkan hartanah berdasarkan nisbah 60:40 bagi bumiputera dan bukan bumiputera hanyalah cadangan awal untuk sewaan, pajakan dan pemilikkan unit di pembangunan bertingkat sahaja.

Jelasnya, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan secara komprehensif berasaskan zon guna tanah "Perdagangan Pusat Banda Raya" (City Centre Commercial - CCC)".

Katanya, Kerajaan sudah lama berhasrat utnuk membangunkan Kampung Baru tetapi tertangguh atas beberapa faktor termasuk harga terlalu tinggi yang dimahukan oleh pemilik disitu.

"Jawapan Kepada persoalan mengapa cadangan Pembangunan Kampung Baru mengambil masa yang lama terletak di tangan pemilik dan pewaris tanah sendiri," katanya.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Adakah sah tindakan mengeluarkan geran tanah itu sekiranya enakmen itu tidak dijelaskan kedudukannya ketika geran dikeluarkan? Ikut Menteri hal ehwal undang2, Nazeri Aziz pada sidang Dewan Rakyat 2006 enakmen itu masih sah? Ketika bila ia dibatalkan? Harap boleh jelaskan. Siapakah penasihat kepada Menteri bab ini yang telah mencalarkan kredebiliti beliau?