Kuota 40% belum muktamad (laporan akhbar Kosmo 1.6.2010)

6/02/2010 02:32:00 PG at 6/02/2010 02:32:00 PG



KUOTA 40 peratus kawasan pembangunan Kampung Baru diberi kepada bukan Melayu hanya merupakan cadangan awal kerajaan.

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) menegaskan bahawa nisbah pemilikan 60:40 bagi pembangunan Kampung Baru merupakan hanya cadangan awal kerajaan dan ia belum muktamad.

Menurut beliau, selagi perkara itu tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada pemilik tanah Kampung Baru, ia tidak akan dilaksanakan.

"Kerajaan akan mendengar dan menerima maklum balas daripada semua pemilik tanah sebelum mengambil sebarang keputusan mengenai kuota nisbah itu.

"Pemilik tanah tidak perlu risau. Apa yang kami bentangkan pada Sabtu lalu baru permulaan untuk mendapatkan persetujuan dan maklum balas daripada pemilik tanah sendiri," katanya dalam satu kenyataan semalam.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

yang tersirat, kerajaan nak suruh orang Melayu bersuara lantang dan tegas yang kita tak nak bangsa asing masuk kawasan kita. Ada kita mintak nak kacau Bricksfield ke Petaling Street ke? Jadi secara tak langsung orang Melayu tegas dan jitu pasal kedaulatan pemilikan tanah Kampung Baru. Tapi kalau kelonggaran dengan syarat kedua selain Melayu iaitu selagi manusia itu Islam dibolehkan melabur dalam pembangunan Kg baru? Sudah tentu faktor Halal menjadi tonggak utama mengawal pembangunan Kg Baru. Bolehkah orang beragama Islam dari Arab, Pakistan, India, China, Iran dan lain diberi kebenaran dalam membangunkan kawasan ini?
Yang utama ialah kaedah pengambilan tanah oleh kerajaan yang secara langsungnya membantu kewangan orang kampung dengan harga setimpal dan dipastikan pembangunan dibenarkan untuk orang Islam dari seluruh dunia. Bukankah itu cantik dan memartabatkan kedudukan Kg Baru?

Tanpa Nama berkata...

salam....

rancangan kerajaan untuk memberi 40% kepada bukan melayu adalah tidak wajar.....

Tanpa Nama berkata...

salam,
dah putus 100% Melayu sahaja, tak timbul lagi 60 -40. Ayuh kita maju kehadapan dan pikir apa yang terbaik untuk pemilik dan pewaris tanah dahulu bukan kepentingan sekumpulan peniaga yang pikir nak buat duit!