TANAH KAMPUNG BARU MURAH????

4/01/2011 08:24:00 PTG at 4/01/2011 08:24:00 PTG

Kemelut pembangunan Kampung Baru terutama dalam isu pengambilan tanah sukar diselesaikan kerana ia terikat dengan Akta ‘Malay Agriculture Settlement’ (MAS) yang telah wujud sejak 100 tahun lalu. Berikutan itu, dakwa seorang pemimpin Kampung Baru, pihak yang mempunyai kepentingan dan berpengaruh ke atas pemilik tanah Kampung Baru berkeras mahu mempertahankan akta tersebut. Akta MAS menyebut hanya orang Melayu boleh memiliki dan menduduki tanah Kampung Baru.

Usaha kerajaan untuk memajukan Kampung Baru supaya setanding dengan kawasan sekitar sejak 20 tahun lalu masih belum berjaya.

Beliau yang enggan nama disiarkan juga mendakwa 75 peratus dari kira-kira 5,000 pemilik tanah dari 80 hektar memiliki gerah tanah bersyarat iaitu hanya boleh diduduki oleh orang Melayu.

“Akta MAS ini tidak sesuai lagi setelah Wilayah Persekutuan diwujudkan pada 1 April 1974. Akta MAS adalah akta Selangor tetapi Kampung Baru di bawah Wilayah Persekutuan. Akta Selangor tidak boleh berada di Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, “Akta ini yang menyebabkan harga tanah Kampung Baru begitu rendah berbanding di kawasan sekelilingnya.

“Dalam dokumen Pelan Tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dicatat harga tanah Kampung Baru ialah RM350 sekaki persegi, itu pun dikatakan tinggi.

“Tetapi di kawasan KLCC harga mencecah RM1,200 hingga RM1,500 sekaki dan di Chow Kit ialah RM800 sekaki,” tambahnya.

Nilai tanah terikat dengan Akta MAS

Ujar beliau, “mengapa tanah Kampung Baru begitu murah berbanding KLCC dan Chow Kit? Tanah menjadi murah kerana terikat dengan Akta MAS.

“Kalau Akta MAS dimansuhkan, tanah Kampung Baru dapat dijual sehingga RM900 atau RM1,000 sekaki persegi, masalah akan selesai.

Beliau berkata, kemelut pembangunan Kampung Baru ini telah berlarutan sejak 20 tahun lalu dan selagi Akta MAS ini masih ada ia tidak akan menemui jalan penyelesaian.

Katanya, sebelum ini ada dua pihak yang mahu memajukan Kampung Baru iaitu Persatuan Anak Kampung Baru dan Persatuan Pembangunan Kampung Baru tetapi kedua-dua persatuan ini tidak mempunyai tanah di Kampung Baru.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru sebagai badan khas untuk pembangunan semula Kampung Baru.

Bagaimanapun penubuhan perbadanan tersebut mendapat bantahan dari MAS yang mendakwa kementerian tidak pernah berbincang dengan pemilik tanah untuk menubuhkan perbadanan itu.

“Bagaimana MAS hendak setuju dengan perbadanan kerana hanya ada dua orang wakil dalam perbadanan sedangkan 14 lagi dilantik oleh menteri,?” soal beliau.

“Sebenarnya perbadanan ini tidak perlu kerana ada pemaju Bumiputera yang boleh memajukan Kampung Baru,” katanya.

Free Malaysia Today

3 comments:

shakir berkata...

sememangnya tanah kampung baru murah kerana titlenya adalah "development land". dgn harga > Rm150++ 1 kaki persegi.oleh yang demikian kerajaan berhasrat utk mengambil tanah tersebut dan di majukan sbg pusat komersial. menurut draft bandaraya Kuala Lumpur yang di rancang utk 2020, kampung baru merupakan kawasan yang berada di tgh segitiga emas. apabila kampung baru di majukan mengikut acuan kerajaan, harga tanah akan meningkat. bukan pembangunan jenis sedemikian yang di kehendaki oleh penduduk kampung baru.

Awanama berkata...

itu pasal kerajaan hendak mansuhkan MAS yang tidak lagi relevan. dan kerana itu buat 'perbadanan pembagunan kampung baru' bagi mengantikan MAS. secara automatiknya harga tanah Kg.Baru akan meningkat secara mendadak dan setaraf dgn kawasan sekitar KLCC. selagi MAS masih dikekalkan selagi itu harga tanah Kg.Baru hanya mengiukut haraga tanah negeri selangor.

Awanama berkata...

Resam manusia haloba..