BAZAR RAMADAN YANG TERDAPAT DI KAMPUNG BARU

9/18/2008 05:14:00 PG at 9/18/2008 05:14:00 PG

TERDAPAT BEBERAPA BAZAR RAMADAN YANG TERDAPAT DI KAMPUNG BARU YANG DIBAWAH TADBIR OLEH PIHAK LEMBAGA PENTADBIRAN MAS.

DENGAN INISIATIF OLEH PIHAK LEMBAGA MAS UNTUK MENGELOLA PROSES BAZAR RAMADAN KINI SEMAKIN LANCAR DAN TERATUR. PENIAGA MUDAH UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN DAN PEMBELI SENANG UNTUK MEMBELI BELAH.

KESESAKAN LALU LINTAS JUGA TERKAWAL DENGAN ADANYA SISTEM JALAN SEHALA. INI MEMUDAHKAN PEMBELI UNTUK MEMBELI KEPERLUAN BERBUKA.




LOKASI GAMBAR DI PASAR MINGGU @ JLN RAJA MUDA MUSA
LOKASI GAMBAR DI PASAR MINGGU @ JLN RAJA MUDA MUSA

LOKASI GAMBAR DI PASAR MINGGU @ JLN RAJA MUDA MUSA

LOKASI GAMBAR DI PASAR MINGGU @ JLN RAJA MUDA MUSA

LOKASI GAMBAR JALAN RAJA ALANG

LOKASI GAMBAR JALAN RAJA ALANG

LOKASI GAMBAR JALAN RAJA ALANG

LOKASI GAMBAR JALAN RAJA ALANG

LOKASI GAMBAR JALAN RAJA ALANG

4 comments:

noris helmi nordin berkata...

Tahniah Lembaga MAS. Semoga dengan usaha jujur Lembaga MAS ini dihargai seluruh warga Kampung Baru dan orang Melayu amnya. Saya berharap Kampung Baru dapat menjadi pusat orang Melayu yang diiktiraf satu hari nanti. Segala berkenaan Melayu dapat diperolehi disini.Dari segi budaya hidup, tradisi, makanan, pakaian, adat resam, alat seni muzik melayu, pertukangan melayu, seni arca melayu, bermuafakatan, penyatuan orang melayu dan lain-lain. Bagi mereka yang telah lupa akan asal usul boleh kembali melihat sendiri aktiviti kemasyarakatan suatu bangsa Melayu.
Rakan-rakan Melayu dari Singapura amat suka ke Kampung Baru kerana mereka telah kehilangan semua ini. Maka sayangilah Kampung Baru ini, kerana tiada duanya ia didunia ini. Kewujudannya adalah satu proses evolusi semulajadi sebuah perkampungan dan telah menjadi mercutanda bagi setiap bangsa Melayu.
Tahniah juga kepada pengusaha blog ini kerana jujur dalam lapurannya demi suatu tempat khas untuk orang-orang melayu. Teruskan melapor.Mungkin aktiviti Lembaga MAS boleh dimuatkan disini untuk membantu mereka. Tahniah sekali lagi.

noris helmi nordin berkata...

Selamat Hari Raya kepada warga Kampung Baru. Semoga kecerian orang Mellayu menyambut Ramadhan dan Aidilfitri akan berkekalan selama-lamanya.

Ikmal berkata...

ya..mari kita pertahankan tanah pusaka kg baru ini kalau tak siapa lagi..

kalau takde kg baru, lepas ni takdelah nampak simbolik masyarakat melayu di malaysia krn kebanyakan hanya infrastruktur yg pesat sedangkan itu bkn tanah pusaka turun-temurun bumi malaysia

Fisya Zy berkata...

Tahniah buat lembaga MAS yang tidak putus-putus berusaha meningkatkan kemajuan baik untuk penduduk buat mahupun Kampung Baru sendiri. Usaha dalam menjalankan bazaar ramadhan ini amatlah dihargai. Tambahan pula, kerjasama yang diberikan daripada penduduk kampung amat memberangsangkan.