wajah-wajah kampung baru

8/12/2008 05:04:00 PTG at 8/12/2008 05:04:00 PTG

















1 comments:

noris helmi nordin berkata...

Tengok kan gambar tu, Kg Baru boleh dijadikan destinasi pelancongan utama negara sebagai sumber khazanah orang melayu ditengah ibukota Kuala Lumpur. Pembaikpulih struktur lama , rumah tradisi boleh dijadikan rujukan rumah melayu di dalam bandar macam Rumah Pak Ali yang dah terbakar di Gombak.

Saya ada ternampak sekumpulan pelancong datang ke Jalan Daud lepas makan malam di restoran siam dekat situ hanya untuk bergambar beramai-ramai dengan latar belakang KLCC. Sungguh menarik!

Sebenarnya banyak idea-idea unik dan tersendiri boleh difikirkan untuk pembangunan terancang Kg Baru. Biarlah populasi melayu ramai dikawasan ini, pasal mereka dah lebih 100 tahun menetap disini. Bukti jelas kita telah meneroka bandar Kuala Lumpur atas ehsan kerajaan British mewujudkan kawasan khas ini pada 1900.

Perancangan berlandaskan Melayu sebagai konsep perlu di terapkan. Keunikan melayu itu sendiri boleh diterjemahkan disini. Kg Baru as a Malay Cultural City. Dari makanan, cara hidup bermasyarakat, aktiviti ilmu kesenian dan lain-lain boleh difikirkan disini.

Kesimpulannya orang Melayu yang dah tersasar jauh dan hilang asal usul boleh kembali kesini untuk melihat kembali dirinya disini.

Hanya pandangan peribadi.